Monday, June 16, 2008
Gambar Terlampau Hollywood Celebrities...
Ops..its windy..
Transparent...
Ops..terlondeh suda..
Baju adik...
Bodoh...baik takyah pkai ape2..
Can u see it?
Friday, June 13, 2008
Agama Bukan Candu Untuk Mengkhayalkan Orang Miskin
“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra: 26-27).
Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.
Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.
Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).
Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.
Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis –seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- bercerita kepada mak cik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’.
Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk pengajur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas.
Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka.
Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?”. Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.
Baca lagi di Minda MuftiDr. Mohd. Asri Zainul Abidin
ialah Mufti Kerajaan Negeri Perlis.
E-mel: moasriza@yahoo. com
Layari http://drmaza.com/
Thursday, June 12, 2008
Boleh Caya ke Ni??
Hahaha..caya lah korunk PM ngn TPM yg kte SAYANGI akan buat camni..Ptuihh..
Bukan ke Najib skunk tgk cari rumah dkat LONDON supaya die ngn bini die senang lari bile peralihan kuasa nnti..OPSS..
Gambar diambil dari Isuhangat
Wednesday, June 11, 2008
Ayam Tulur naik..
Selepas kita dibelenggu dengan kenaikan harga minyak yang secara tidak langsung memberi kesan rantaian kepada harga barangan dan perkhidmatan lain, kini pengguna semakin tersepit dengan kenaikan harga telur pula.
Sekiranya minyak mencatatkan peratusan kenaikan harga tertinggi di dalam sejarah, telur juga turut mencatatkan rekod yang sama dengan kenaikan sehingga 23% di pasaran sebagaimana yang dilapurkan di dalam akhbar. Harga baru adalah seperti berikut:
Gred A (10 biji): RM3.30 harga baru (RM2.70 harga lama)
Gred B (10 biji): RM3.10 harga baru (RM2.60 harga lama)
Penjual telur menyalahkan pemborong yang menjual kepada mereka dengan harga yang lebih mahal. Manakala pemborong pula memberi alasan kenaikan harga minyak yang memberi kesan kepada kos pengangkutan. (Pak Menteri kata, peniaga tidak ada alasan untuk menaikan harga barangan dengan kenaikan harga minyak baru-baru ini).
Dengan kenaikan harga ini pasti harga telur goreng, terlur mata kerbau, telur dadar, telur rebus, telur separuh masak, roti telur, burger telur, kek dan lain-lain yang menggunakan telur akan turut naik. Maka rakyat tinggal telur (0).
Mungkin selepas ini ada pak Menteri yang akan mencadangkan rakyat untuk menternak ayam pula untuk mendapatkan telur. Seperti juga cadangan sebelum ini untuk bercucuk tanam bagi mendapatkan bekalan sayur. Dengan masalah tanah dan ruang yang semakin terhad khususnya di bandar-bandar besar Pak Menteri mencadangkan penggunaan pasu untuk menanam sayur. Nak ternak ayam macamana? Ubahsuai sebuah bilik dalam rumah (pangsa/flat) untuk dijadikan reban ayam?
Credit to http://c-bok.blogspot.com/Tuesday, June 10, 2008
Bapa KeJATUHan??
Hurm..mengkarong ni senang ar ckp(ops..ok la tuh!)..dpat minyak bute2 free..
Yg kena tanggung kita sbgai rakyat ni yg hari2 susah payah cari duit (aku x keje lagi..hehe)
Dh la bru naik harga beras..skunk ni harga minyak plak..pas ni confirm ar harga2 lain akn naik jgk..which are perkhidmatan awam la, ayam la, ngn mcm2 la lgi..hu~
Salah guna duit ??
Pembatalan Jambatan Bengkok
Saya diminta membongkar apa yang saya tahu berkenaan salah guna wang rakyat. Untuk permulaan saya senaraikan empat tindakan dimana Kerajaan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah salahgunakan wang rakyat. Apa yang saya tulis di sini tidak berasas kepada spekulasi, kemungkinan atau kebarangkalian. Perkara ini diketahui umum dan boleh disahkan Saya perlu beri penjelasan terperinci. Jadi saya akan bincangkan satu persatu. Bagaimanapun saya senaraikan empat perkara spesifik; 1. Pembatalan pembinaan jambatan menggantikan tambak Johor di sebelah Malaysia 2. Penangguhan landasan berkembar dan rel elektrik daripada Johor Baru ke Padang Besar 3. Penjualan M.V. Agusta untuk satu Euro 4. Wang Ehsan yang dibelanjakan untuk Terengganu yang mana Menteri Besar yang baru mendakwa adalah bukan Wang Ehsan tetapi daripada dana Kerajaan Persekutuan. Pembatalan pembinaan jambatan ke Singapura Kerajaan Singapura tidak membantah pembinaan jambatan untuk menggantikan tambak di sebelah Malaysia. Jambatan ini akan dibina 25 meter daripada paras permukaan air untuk benar kapal-kapal kecil lalu setelah separuh tambak di sebelah Malaysia di pecah. Link Kedua juga berada di paras 25 meters daripada paras permukaan air. Jadi kapal-kapal boleh melalui Selat Tebrau tanpa terhalang oleh tambak. Jambatan ini penting kerana jumlah trafik di Johor Baru telah meningkat dan kesesakan lalulintas merupakan perkara harian disebabkan laluan Utara-Selatan yang datang dan pergi melalui tambak dan trafik Timur-Barat di antara bahagian-bahagian Timur dan Barat Johor Baru. Jalan bertingkat perlu dibina menyeberangi trafik Timur-Barat untuk laluan dari dan ke tambak. Jalan ini akan menyebabkan penghujung tambak di sebelah Johor tidak boleh digunakan kerana jalan bertingkat hanya boleh mendarat pada satu jarak tertentu jauh daripada tempat tambak bertemu dengan tanah besar. Jika jambatan penuh ke Singapura dibangunkan cerun boleh dilandaikan untuk memudahkan lori mendaki dan bot-bot kecil melalui di bawahnya setelah tambak dipecahkan. Kerana Singapura tidak mahu sama-sama membina jambatan penuh untuk gantikan tambak, jambatan setinggi 25 meter untuk benarkan bot-bot lalu dibawahnya mesti mempunyai kepanjangan yang mencukupi untuk benarkan lori mendaki secara beransur. Penyelesaiannya ialah untuk memanjangkan jambatan dengan rekabentuk melengkung (kemudiannya dipanggil jambatan bengkok). Bagi landasan keretapi pula, jambatan ayun yang boleh dibuka dan tutup untuk benarkan kapal atau keretapi lalu. Untuk memendekkan cerita, kerja pembinaan jambatan bengkok dihentikan untuk membolehkan Kerajaan Dato Seri Abdullah menjual 1 billion meter padu pasir dan hak laluan terbang pesawat tentera Singapura melintasi Johor Baru jika Singaura bersetuju membina jambatan lurus. Ada orang yang akan mengaut untung banyak menjual 50 juta meter padu pasir setahun selama 20 tahun untuk Singapura menambak tanah. Ini satu tawaran menarik kerana tanah yang ditambak boleh dijual antara 3,000-5,000 Dolar Singapura (kira-kira RM6,000-RM10,000) sekaki persegi. Kerajaan Singapura boleh buat banyak duit menjual tanah ini. Lalu merekapun menyetujui cadangan jambatan lurus ini. Bahawa mengorek pasir dari dasar laut boleh sebabkan hakisan pantai, kemusnahan tempat pembiakan ikan dan kehilangan mata pencarian bagi nelayan negeri Johor tidak pun diambil prihatin oleh Kerajaan Dato Seri Abdullah. Mujurlah rakyat Johor membantah penjualan pasir dan hak laluan pesawat terbang. Abdullah yang kecewa kerana perancangannya terhalang menghukum rakyat Johor dengan membatal sama sekali projek jambatan. Tidak ada jambatan lurus mahupun bengkok. Hasilnya lebih daripada RM1 billion telah dibazirkan yang dibelanjakan untuk membina kemudahan kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, kerja-kerja membina stesen keretapi baru dan kerja-kerja awal untuk bina jalan menghubung kompleks KIK dan jambatan serta bayaran pampasan kepada kontraktor disebabkan pembatalan projek-projek berkenaan. Kompleks KIK kini menjadi gajah putih, terbiar tetapi terpaksa di selenggarakan dengan memakan belanja beratus ribu Ringgit sebulan. Jelas sekali Dato Seri Abdullah telah bazirkan duit rakyat hanya kerana beliau marah dengan rakyat Johor yang halang penjualan satu bilion meter padu pasir kepada Singapura dan keuntungan yang bakal diraih oleh pihak tertentu.
Friday, June 6, 2008
Kenaikan Harga Minyak
Helo semua..actually aku tulis benda ni sbb aku mmg x puas hati tahap siput sedut..aku tau mmg ramai lagi org2 yg x puas hati mengenai isu ini..terutamanya penyokong PAS atau DAP..tapi aku bukanlah menyokong mna2 pihak..Dan aku tau para penyokong BN juga pasti merasa BERBULU mengenai tindakan pemimpin yang kita 'sayangi' iaitu Abdullah utk menaikkan harga minyak ke paras yang tidak masok akal..so,aku ucapkan syabas dan ribuan terima kasih kpda yang memangkah dacing masa PRU ke-12 hri tu..kerana kita beramai2 telah merasai habuan dan kesan atas tindakan 'bijak' korang tu..
Jadi..apa kata pemimpin kta mengenai isu kenaikan harga minyak ini??
1. Harga minyak di Malaysia adalah paling murah di Asia Tenggara jika dibandingkan.(Mmg btol..tpi diorg bandingkan dgn negara bukan pengeluar minyak..Cuba bandingkan dgn negara pengeluar minyak yg lelain sprti berikut..)
2. Harga minyak pasaran dunia yang melambung tinggi menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung subsidi yg tinggi..Jdi terpaksa dikurangkan supaya tidak membebani krajaan..(Btol ke??..Bukan ke Petronas dapat untung suku pertama tahun ni sebanyak 25 bilion..wawawa)
Selain itu..mereka juga akan mengemukakan ayat basi spt berikut :
1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.(Buta ke??)
2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan.(Tolonglah)
3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.(IYA ke?)
4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan
lagi pada TAHUN INI.(Padahal)
Ayat2 akan dtang pula :
1. Rakyat mestilah mengamalkan hidup jimat cermat.
2. Kita akan memastikan harga bahan api antara yg terendah dirantau ini
berbanding Singapura dan Thailand.
3. Bila kita susah, kenalah sama-sama susah, bila masa senang, 'kita saling
membantu'.
4. Penjimatan subsidi RM13.7 billion 'dipulangkan balik pada rakyat'.
5. Langkah ini adalah 'situasi menang-menang' .
Selain itu sya mau refreshed sket kenyataan akhbar tempatan..
Jadi kpda kita yang mempunyai hak..buatlah apa yg korunk fikirkan 'PATUT'!!
Hehehe...